Sunday 18 March 2012

kata-kata hikmah


               Kekayaan yang paling terjamin ialah rasa puas dengan apa yang dimiliki.

Keimanan itu di samping pengetahuan, pengertian dan kepercayaan yang kuat, sejajar dengan kedudukan hati kepada Tuhan, 
maka kemahuan dan kerelaan akan melaksanakan perintah dan diputuskan dengan segala kejujuran.

Takwa orang Mukmin itu, bagus tawakalnya pada apa yang tiada dicapainya, 
bagus redanya pada apa yang dicapainya dan bagus sabarnya pada apa yang telah hilang daripadanya.

Orang yang paling lama mengalami kesusahan ialah orang yang dengki, 
tenang hidupnya ialah orang yang qana'ab.  Rendah kehidupan ialah orang yang menolak dunia.  
Dan paling besar penyesalannya ialah orang berilmu yang melampaui batas.

Kejahatan itu semuanya dikumpul dalam sebuah rumah sedangkan kuncinya ialah cinta kepada dunia, 
dan kebaikan itu juga dikumpulkan dalam sebuah rumah, sedangkan kuncinya ialah zuhud pada dunia.

Orang beriman memandang dengan dua mata, iaitu dengan mata zahir dan mata batin.  Pandangan batin,
 orang tidak mahu berbuat kejahatan walaupun tidak ada orang yang melihatnya, 
kerana itu pula orang dapat hidup bahagia dan mahu mengorbankan hartanya.

Dunia dan Akhirat itu ibarat dua wanita yang dimadu.  Apabila engkau senang (pada) salah satu (antara) keduanya,
 maka akan marahlah yang lain.

Dunia itu laksana seorang wanita, lalu dia berhias untuk berbicara.  
Sehingga apabila aku berkahwin denganya, maka leher aku akan disembelihnya.

Barangsiapa mengadap kepada dunia, nescaya dia akan dibakar oleh api dunia,
 yakni tamak sehingga dia menjadi abunya.  Dan barang siapa yang mengadap kepada Akhirat, 
 nescaya Akhirat itu akan membersihkannya dengan cahaya.

Hari yang telah berlalu, tidak ada lagi kesempatan di tanganmu dari hari tersebut,
 hari esok yang tidak dapat mengetahuinya, entahkan dapat menemuinya ataupun tidak, dan hari  pada saat kamu berada di dalamnya, 
oleh kerana itu pergunakanlah dengan sebaik-baiknya.

Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia ada empat perkara; berani kepada kebenaran,
 tahu rahsia dari pengalaman kehidupan, pandai menjaga kehormatan batin dan adil walaupun pada diri sendiri.

Untuk mendapatkan bahagia bongkarlah kekotoran jiwa dari dada, supaya iman masuk ke dalamnya, 
kerana reban ayam yang dimasuki musang tidak akan dimasuki ayam.

Biasakanlah bersikap jujur dan benar, walaupun anda melihat bahaya.
  Yakinlah bahawa itu bahagia.  Jauhilah sikap dan sifat pendusta, walaupun anda lihat dihadapan anda bahagia,
 sebab itu bukan bahagia tetapi celaka.

Lapan perkara orang hidup bahagia dan mukanya bercahaya; kesihatan terjaga, gembira, sinar pengetahuan,
 kesucian batin, kekuatan iman, tidak banyak dosa, hidup penuh harapan, berani dan sabar.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, sebab durian berduri kerana sedap isinya,
 kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum haunya.

Dalam mendapatkan kebahagiaan janganlah cepat berputus asa, sebab ada nyawa ada rezeki.  Ketahuilah,
 air susu ibu yang akan kita minum sudah tersedia sebelum kita lahir.

Untuk mencapai bahagia berusahalah terus, kerana berjalan itu asal mulanya dari selangkah.  
Pohon beringin yang besar itu asalnya dari satu biji yang kecil, dan burung yang besar terbang di udara itu, asalnya dari sebiji telur.

Orang yang ingin hidup bahagia, ada empat macam perlu dijaga; teguh menjaga kehormatan,
 reda menerima apa yang sedikit, berbuat kebaikan setiap hari serta memelihara lidah dari perkataan keji.

Bagi orang yang berbahagia dia menganggap istana bukanlah pada rumah besar yang bagus serta mewah,
 tetapi ianya terletak dalam hati yang telah dapat sinar Ilahi.

Manusia biasanya menghabiskan umurnya untuk mencapai bahagia pada jalan mencari harta,
 akan tetapi setelah dia mendapat harta yang banyak hatinya semakin susah.  Sesungguhnya harta itu terletak pada yang luar,
 sedangkan bahagia itu terletak di dalam.Kebahagiaan itu akan didapati apabila mendapat keberkatan hidup,
 keberkatan itu ialah; memberi manfaat kepada rohani, manfaat kepada jasmani, memberi manfaat kepada masyarakat dan hidup diredai Allah.
 Kita akan berasa bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.

Lima jalan untuk mendapat kebahagiaan; bermusyuarah setiap akan melakukan pekerjaan, bersungguh-sungguh mencapai tujuan, 
membuat kebaikan, mensyukuri apa yang telah dimiliki dan tidak suka memuji diri.

Orang yang ingin bahagia haruslah selalu mensucikan jiwa dengan; selalu membaca alQuran,
 mengosongkan perut dengan jalan berpuasa, solat malam,
 bergaul dengan orang yang taat kepada agama, dan tidak memakan makanan haram.